"Dia Ugut Mahu Bunuh Saya Sebab Kacau Dia Tidur Petangnya..", Suami Pukul, Tampar Isteri & Anak Kerana Tidur Petangnya Terganggu
Berang tidur terganggu dek tangisan anak, seorang lelaki bertindak memukul dan menampar isteri dan anak lelakinya yang berusia setahun. Malah, suspek berusia 27 tahun itu turut mengugut mahu membunuh dan menggantung isterinya.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi
Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3
petang kelmarin di Kampung Membakut Jaya dan isteri suspek telah membuat
laporan di Balai Polis Membakut pada hari yang sama.
Siasatan awal mendapati, suspek terdahulu
bertindak memukul anaknya kerana bengang tidurnya terganggu dengan tangisan
kanak-kanak itu. Insiden itu disedari oleh ibu mangsa lalu bertindak menegur
perbuatan suspek sehingga berlaku pertengkaran.
Tidak puas hati ditegur, suspek mengamuk dan
menampar isterinya. Malah suspek turut menggugut mahu membunuh dan menggantung isterinya
sebelum keluar dari rumah. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dirujuk
ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan.
Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes
disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan
kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.
Sumber: Harian Metro
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.