"Semoga Murah Rezeki Pakcik..", Cili terlalu murah, 4 petani nekad sedekahkan kepada penduduk
TROLAK – Harga borong cili merah yang dikatakan rendah menyebabkan empat pesara yang mengusahakan tanaman berkenaan melalui kaedah fertigasi di Felda Jaya di sini, berdepan kerugian besar.
Sejak mengusahakan tanaman cili berkenaan
Februari lalu, mereka mengatakan harga ditawarkan pemborong sekitar RM1.70
sehingga RM3 sekilogram.
Ia menyebabkan Saifudin Mohd Sirat, 56, Abu
Hasan Ahmad, 61, Habib Sairi, 63, dan Sambas Palil, 63, keempat-empatnya pesara
Felda hanya memperoleh hasil jualan kira-kira RM3,000 sepanjang mengusahakan
tanaman berkenaan.
Saifudin berkata, sejak mengusahakan tanaman
berkenaan, pemborong atau orang tengah sering memberi alasan lambakan cili
merah di pasaran menyebabkan harganya merudum.
Katanya, mereka mengusahakan kira-kira 3,000
pokok cili merah di tanah seluas kira-kira 0.2 hektar.
Pada masa sama, katanya, setiap minggu, mereka
membelanjakan RM700 untuk kos baja, racun serangga selain upah buruh.
“Setiap minggu, kira-kira 450 kilogram cili
dituai dan bayangkan, jika pemborong membelinya pada harga maksimum RM3
sekilogram, berapa pendapatan yang kami peroleh selepas ditolak kos penjagaan
mingguan.
“Bagaimana pula jika pemborong membelinya pada
harga RM1.70 sekilogram, pasti lebih banyak kerugian yang kami tanggung,”
katanya ditemui semalam.
Habib pula berkata, adakalanya pemborong
memberi alasan cili yang ditanam mereka bukan jenis Cili Kulai 461 sebaliknya
ia cili minyak menyebabkan pemborong terpaksa membeli pada harga rendah.
“Memang tidak masuk akal kerana kami
menggunakan benih Cili Kulai 461 seperti yang tertera pada bungkusan benih cili
berkenaan.
“Ini antara alasan yang terpaksa kami telan
sepanjang mengusahakan tanaman ini. Modal permulaan RM26,000 juga masih belum
diperoleh,” katanya.
Abu Hasan pula memaklumkan tinjauan dibuat di
pasar berdekatan mendapati harga cili bersih yang dibayar pengguna antara RM10
hingga RM15 sekilogram.
“Apabila membandingkan harga yang kami jual
pada pemborong menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dan kecewa.
“Untuk menjual secara terus kepada penjual di
pasar agak sukar kerana paling tinggi, mereka hanya membeli kira-kira 10
kilogram saja,” katanya.
Sementara itu, Sambas mendakwa, kejatuhan harga cili juga didorong oleh kemasukan cili import dan ia memberi kesan kepada harga cili yang diusahakan pekebun tempatan.
Katanya, dia berharap agensi berkaitan dapat
mengambil inisiatif membantu pengusaha cili tempatan.
“Jika harga siling cili yang dijual kepada
pemborong diselaraskan kepada RM8 hingga RM10 sekilogram, barulah pekebun
tempatan dapat menarik nafas lega.
“Ketika ini, kami memang kecewa malah hampir
putus asa. Ada cili yang kami sedekahkan saja kepada penduduk,” katanya.
Sumber: Cempedak Cheese
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.