[Video] "Seramm, Jd Yang Haritu Sapa Pula Yang Lintas?..", Entiti Lintas Jalan Sah Nenek, Keluarga Dedah Orangnya Di Rumah Masa Kejadian

Terdahulu, habis viral di serata media sosial rakaman seorang pemandu yang terserempak dengan satu entiti berjalan di atas jambatan. Kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi di Ketereh, Kelantan itu menimbulkan tanda tanya siapa pula yang akan merayau atas jalan pada waktu tersebut?

Berita sahkan entiti tersebut adalah nenek tua…Sering berjalan sendirian

Menerusi portal Kosmo pada 14 Jun lalu, persoalan tersebut seolah-olah terjawab apabila ada individu yang mengesahkan entiti berkenaan adalah seorang nenek tua. Tanpa sebarang maklumat seperti nama dan umur, gambar warga emas tersebut dimuat naik kononnya sering sahaja berjalan sendirian di lokasi berkenaan.

Minta maaf, yang terserempak tu bukan nenek saya…Pasal malam tu dia ada kat rumah

Terbaru di TikTok, ahli keluarga terdekat tampil menyangkal entiti yang dimaksudkan adalah nenek tua berkenaan. Jelas Fariz Chan, warga emas tersebut yang digelar Mak Cik Hawa elok sahaja berada di rumah sewaktu rakaman diambil. Dalam pada itu, mereka sangat berharap tidak lagi timbul salah faham dan cerita sebenar dapat dipanjangkan.

Dah tenang bila kata nenek tu yang lintas…Tapi harini depa kata bukan, terus naik seram

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan terbaru itu. Tatkala sudah mula lega apabila identiti tersebut awalnya disahkan seorang warga emas, ramai kembali takut dan naik seram apabila menonton video berkenaan.

Sumber: Portal Kosmo & TikTok Fariz Chan

Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close