“40 Minggu Dalam Perut, Baby ‘Pergi’ 30 Minit Sebelum Bersalin” Ibu Kongsi Jantung Bayi Tiba-Tiba Berhenti !
Saat kehamilan pastinya merupakan saat yang sangat menggembirakan dan mendebarkan buat para ibubapa. Kelahiran cahaya mata yang dikandungkan pastinya sangat dinanti-nanti.
Namun, ada juga rezeki buat sesetengah pasangan
dimana mereka hanya dapat merasai pengalaman dan kemanisan saat kehamilan
sahaja dimana pada saat kelahiran, hayat bayi tidak lama.
Begitulah apa yang berlaku kepada sebuah
pasangan ini. 40 minggu yang penuh dengan kenangan buat mereka. Namun, Allah
S.W.T lebih menyayangi anak syurga mereka ini.
“Hari sepatutnya Heesa Fateema lahir, Allah ambil selamanya..”
Kehilangan insan tersayang merupakan sesuatu
yang pastinya akan dialami oleh semua insan. Fasa ini pasti akan menjadi fasa
yang sangat berat dan sukar untuk diterima dan dilalui.
Itulah yang berlaku kepada Puan Nadhirah Mukhtar dan suaminya, Muhd Fakhrul dimana selepas 40 minggu bayi yang dinanti berada dalam kandungan, akhirnya meninggal saat dilahirkan.
ANAK DAPAT DILAHIRKAN SECARA NORMAL
Walaupun anak mereka, Hessa Fateema dapat
dilahirkan secara normal, namun dirinya sudah tidak bernyawa pada ketika itu.
Bayi seberat 4.53 kilogram itu meninggal tanpa punca yang pasti.
Namun doktor sepakat mengatakan ia
berkemungkinan daripada GDM sewaktu mengandung.
Apa yang lebih memilukan adalah, jantung bayi
disedari berhenti bergerak sekitar 30 minit sebelum berjumpa doktor untuk
pemeriksaan sebelum bersalin.
Pada ketika itu, jururawat berusaha mencari
bunyi degupan dan jantung namun tidak dapat ditemukan.
HARAPKAN KEAJAIBAN APABILA DILAHIRKAN
Doktor mencadangkan supaya Hessa dilahirkan
secara normal dan menanti sehingga bayi lahir sendiri. Namun pasangan ini
memilih untuk disegerakan kerana tidak ingin bayi mereka berada lama-lama
didalam kandungan.
Puan Nadhirah juga mengharapkan supaya ada
keajaiban tatkala bayi mereka dilahirkan nanti. Mungkin dengan adanya sentuhan
kulit ke kulit diantara mereka akan memberikan keajaiban yang diharapkan.
ALLAH MUDAHKAN KELAHIRAN
Puan Nadhirah sendiri tidak menyangka bahawa bukaannya sudah seluas 8 cm pada hari dia memilih untuk bersalin dengan menggunakan kaedah induce.
Rupanya Allah S.W.T mudahkan urusan kerana pada
ketika itu langsung tidak ada rasa sakit pada dirinya.
Menurut Puan Nadhirah lagi, anaknya pada ketika
dilahirkan, kulitnya sudah sedikit tertanggal kerana telah sehari meninggal
didalam kandungan.
Namun Allah S.W.T menjaga kulit pada bahagian
muka bayinya itu untuk memberikan peluang kepada pasangan ini melihat betapa
cantiknya anak syurga mereka.
Melihat kepada wajahnya dan bau yang sangat
berbeza dengan anak-anaknya yang lain, terus timbul rasa redha dalam diri Puan
Nadhirah dan rela bahawa anaknya itu telah dipilih sebagai anak syurga.
“Ada anak syurga menanti..”
Itulah diantara komen penguat semangat buat
pasangan ini dimana mereka diingatkan berkali-kali oleh kenalan dan warganet
bahawa bayi mereka ini sedang menanti mereka di syurga.
Ada juga yang sempat melihat anak kepada pasangan ini di wad bersalin. Dia sendiri tidak dapat menafikan bahawa anak syurga tersebut sangat cantik.
Tiada lain yang kami pinta, semoga keluarga ini
dapat disatukan kembali di syurga nanti. Buat masa ini, sudah ada seorang yang
sedang menanti kedua ibubapa dan adik beradiknya yang lain di syurga.
Semoga keluarga ini tabah dan sabar menanti
hari mereka semua disatukan nanti. Amiinn.
Sumber : FB Nadhirah Mukhtar
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.