[Video] "Nama ja Instafamous Tp Tak Ada Otak..", Instafamous Tunjuk Pampers Anak Sepah Dalam Rumah-“Istighfar Tengok Video Ni”

Mungkin ramai yang sudah tahu sesungguhnya dunia parenting adalah sangat memenatkan dan penuh tekanan. Apalagi jika anak masih kecil di mana biasanya, isteri akan pening kepala perlu membahagikan masa untuk memasak atau mengemas. Walaupun sukar untuk menyesuaikan diri, namun itu bukanlah alasan untuk tidak menjaga kebersihan rumah.

Orang yang ada baby kecik memang macam ni ke?…Pampers merata bersepah satu rumah

Mengejutkan, semalam telah kecoh di Twitter mengenai seorang instafamous yang telah memuat naik satu video mengenai pengalamannya menjadi seorang ibu. Malangnya, ia telah mengundang pelbagai reaksi kurang senang gara-gara mata netizen tertumpu kepada keadaan rumahnya yang bersepah dengan banyak pampers kotor.

Aksesori anak mahal tak sepenting kebersihan…Lampin terpakai najis ye adik kakak

Gara-gara video yang tular berkenaan, seorang suri rumah tangga bernama Yasmin Hanani turut terpanggil memberikan teguran tegas menerusi satu posting di Facebook. Jelasnya, dia mengakui sangat terkejut tatkala melihat rakaman instafamous berkenaan selain tidak menyangka situasi tersebut boleh berlaku apalagi timbul juga pertikaian mengenai kaitan kebersihan dan ibadah.

Mungkin anak itu lelaki hanya najis ringan tapi tak bermakna boleh sepah…Jangan ambil mudah bab ni

Dengan nada yang sedikit tegas, Yasmin meminta orang ramai untuk tidak mengambil mudah soal kebersihan walaupun najis bayi masih dalam kategori ringan. Malah, situasi pampers bersepah sebegitu tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak selain menggambarkan mereka seperti masih kurang ilmu untuk menguruskan rumah tangga.

Sumber: Twitter Mein Mokhtar & Facebook Yasmin Hanani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close