"Masa Kompaun Orang xBeringat, Kn Dh kena..", Anggota Penguat Kuasa akan dikenakan tindakan kerana tak pakai mask ketika bertugas
Ahad, 13 Jun 2021, jam 3.46 petang, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus berkongsi gambar yang dirinya dikompaun oleh penguat kuasa Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan, kerana tidak mempunyai lesen berniaga.
Menurut Firdaus, dia dikompaun ketika berniaga
di hadapan Masjid Beijing, Rantau
Panjang. Namun apa yang menimbulkan persoalannya adalah pelanggaran prosedur
operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh penguat kuasa terbabit.
"Nak buat macam mana eh? Okay, dia saman
kita sebab tak ada lesen penjaja. Tetapi betul ke cara dia buat kerja? SOP
duduk mana? Okay bye," tulisnya ringkas.
Berdasarkan gambar, sangatt jelas menunjukkan
anggota penguat kuasa terbabit tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan
kompaun terhadap Firdaus.
Menurut rakan pengadu, Firdaus sebelum itu ada
meminta supaya penguat kuasa terbabit memberikan amaran terhadapnya terlebih
dahulu. Tetapi rayuan itu tidak diendahkan lalu dikenakan kompaun sebanyak
RM250 atas kesalahan tiada lesen menjaja.
"Sedangkan dia mask pun tak pakai,
MySejahtera tak scan, suhu badan tak imbas. Bila dah viral, dia datang balik ke
tempat kawan saya dan cakap kenapa viral, benda boleh bawa bincang. Kawan saya
jawab, kenapa tadi (masa keluarkan kompaun) tak nak bawa bincang?" tulis
Rashdan Ramzi.
Susulan dari gambar viral itu, Polis Diraja
Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap anggota penguat kuasa terbabit
kerana tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten
Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, suspek berusia 39 itu akan
dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17, Peraturan-Peraturan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
"Gambar penguat kuasa itu tular ketika dia
mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di
lokasi tidak dibenarkan iaitu berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.
"Gambar yang tular menimbulkan tidak puas
hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai
pelitup muka ketika menjalankan tugas.
"Susulan itu, satu laporan polis dibuat
bertujuan menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan
mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa terbabit," katanya.
Sumber: FB Muhammad Firdaus, Harian Metro, The Reporter
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.