[Video] "Bod*h Betul Lah..", Degil Taknak Potong, Suami Tercarut Isteri Meluru Sagat Rambut Panjang

Bagi para isteri, pastinya korang dah tahu bahawa suami akan pergi ke kedai gunting rambung dalam sebulan atau 2 bulan sekali. Kalau lambat sedikit pun, rambut lelaki memang cepat sangat panjang tapi kadangkala membuatkan mereka terasa selesa sampaikan enggan menukar style. Namun bagi wanita di bawah, situasi itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk bergurau.

Bila suami kau degil tak nak potong rambut

Membuka aplikasi menyerupai mesin gunting rambut, dia meluru ke arah suaminya yang sedang berbual dengan seorang individu lain di dalam bilik. Mungkin kerana getaran hair trimmer itu seolah-olah benar-benar memotong rambutnya, dia langsung terkejut secara tak sengaja ‘tercarut’ kepada isterinya sendiri.

Geng-geng isteri boleh tiru cara ni

Seloroh wanita berkenaan, usikan itu dibuat memandangkan suaminya malas hendak memotong rambutnya yang sudah panjang sampai ke paras leher. Gurauan mereka berdua diakhiri dengan gelak tawa selepas lelaki ini mengetahui rambutnya masih selamat.

Lelaki rambut panjang handsome la…Kalau trim bagi cantik takpe

Menjengah ke ruangan komen, netizen tidak ketinggalan merasa terhibur dan sama-sama terkejut melihat lelaki itu meloncat apabila tengkuknya ‘disagat’ dengan telefon bimbit. Ada juga yang berpesan supaya tidak memotong rambut kerana ia sesuai dengan rupa kacak suami wanita berkenaan.

Sumber : TikTok rishaazreen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close