"Saya Tak Tumbuh Misai Pun Kat Lokap..", afiey Illias Kongsi Pengalaman 5 Hari Dalam Lokap, Tak Mandi Tapi Tetap Kena ‘Pose’
Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Safiey Illias
telah ditahan polis untuk membantu siasatan kes amang seksual dan komunikasi
secara lucah membabitkan kanak-kanak di bawah umur.
Walau bagaimanapun, Safiey menerusi sesi live
di Instagram yang diadakan Rabu lepas telah memaklumkan bahawa dia sudah pun
dibebaskan selepas ditahan reman selama 5 hari.
Menurut Gempak, usahawan kosmetik ini juga
memberitahu yang dia telah mendapat layanan yang baik sepanjang berada di dalam
lokap.
“Saya ditahan bersama Fifi, kami tak nampak
tahanan yang lain, hanya dengar suara saja. Rasanya tak sampai 10 orang.
“Seksa tau 5 hari dalam lokap. Tidur atas
lantai simen je, tak ada selimut atau berbantal. Berbantalkan lengan saja.
“Makan macam gelandangan sikit, tapi okaylah
tak ada masalah pun. Kami diberi makan 3 kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2
petang dan 6 petang,” katanya.
Tambah Safiey, ada juga pegawai polis yang baik
hati berkongsi makan ayam penyet dan sardin yang dibekalkan isterinya dan
sebagai balasan Safiey membantu basuh pinggan.
Sepanjang 5 hari itu juga kami tidak mandi
sebab nanti nak kena basuh rambut. Cuma, muka cucilah pagi-pagi macam biasa.
Kita tetap kena pose,” katanya lagi.
Ditahan 5 hari, misai tak tumbuh langsung
Cerita Safiey lagi, dia telah ditahan di
kediamannya di Pahang sebelum dibawa ke balai polis Bangi untuk siasatan.
Malah dia juga memahami akan tugas polis dan
sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama pada ketika itu.
“Keluar dari rumah, saya hanya membawa barang
dengan beg plastik sahaja dan tak pakai bra pun. Sebab nanti selepas keluar
dari lokap saya kena buang bra sebab bawa malang.
“Mujurlah saya juga bukan orang yang senang
tumbuh bulu, jadi saya tak keluar dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang
tahanan.
Perkara yang saya risaukan adalah layanan
polis, saya takut hak asasi saya dicabuli. Selagi mereka berlembut, saya tiada
masalah. Kalau ada, saya sudah laporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Pengguna
Malaysia (SUHAKAM).
“Kita bukan pondan-pondan tak cerdik,” jelasnya
lagi.
Dalam pada itu, Safiey juga memberitahu yang
mereka dilepaskan kerana pihak polis tiada keputusan mengenai kes tersebut dan
mereka juga tidak boleh mendakwanya di mahkamah.
Jadi pihak polis tidak boleh mereman lagi
kerana sudah maksimum tempoh. Oleh sebab itu juga remannya ditolak dan dia juga
tidak perlu membayar ikat jamin untuk keluar.
“Sepatutnya reman saya cuma 3 hari, tapi 2 hari
selanjutnya saya beri muka. Jadi, saya sudah memberikan kerjasama selama 5
hari, jadi harapnya tiada lagi isu berbangkit,” katanya.
Menurutnya lagi, tempoh 5 hari dalam tahanan
tersebut telah memberikan kesedaran kepadanya dan rakan, Fifi atas apa yang
berlaku.
Semoga Safiey insaf dan tak mengulangi
kesilapan yang telah dia lakukan.
Sumber: aku Papan kekunci
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.