[Video] "Ini Nazar Saya..", Risaukan Isteri Hendak Bersalin, Suami Bernazar ‘Sponsor’ 100 Ibu Hamil Miskin
Bagi ibu-ibu yang sedang menanti detik untuk bersalin, momen tersebut antara waktu-waktu yang sangat mendebarkan. Mana tidaknya, ketika itu nyawa seorang ibu menjadi taruhan demi melahirkan seorang zuriat ke dunia.
Pastinya dalam rasa keterujaan menanti kehadiran
cahaya mata, para suami turut berasa bimbang dengan keselamatan isteri yang
dilihat menahan sakit hendak bersalin.
Hal ini samalah seperti muat naik seorang
pengguna TikTok dari Indonesia yang berkongsi momen melihat suami kepada
rakannya yang setia menanti disisi isteri ketika saat-saat genting tersebut di
hospital.
Suami tak henti2 usap perut isteri
Menurut pengguna yang memakai nama akaun
@yusifadila, dia melihat suami rakannya tidak henti-henti mengusap perut wanita
tersebut bagi mengurangkan rasa sakit menanti kelahiran anak.
Bernazar nak tanggung biaya melahirkan 100 ibu hamil
Paling menyentuh hati adalah nazar yang
diucapkan lelaki itu apabila berniat mahu membiayai 100 orang ibu hamil dari
golongan kurang berkemampuan untuk bersalin di hospital.
Salute dengan keharmonian rumah tangga
Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan
komen dengan berasa terharu apabila alam perkahwinan pasangan influencer
Indonesia berkenaan begitu harmoni lebih-lebih lagi dengan kebaikkan yang
dilakukan.
Mereka juga sempat mendoakan agar urusan
melahirkan dipermudah dan anak yang bakal lahir mewarisi sikap ibu bapa yang
pemurah.
Orang kaya, penampilan sederhana
Orang yang baik akan dilindungi Allah
Semoga anak dan isteri dalam keadaan sihat
Sumber: TikTok @yusifadila
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.