"Jangan Balik Malaysia, Gaji Tak Setimpal Dengan Kerja..", Dr Amalina Dikecam Gara-Gara Tak Balik Kerja Malaysia, Dr Rafidah Bidas Balik
Sejak beberapa hari lalu, terdapat pihak tertentu menyifatkan pelajar medik yang menyambung pengajian di luar negara sebagai ‘pengkhianat’ apabila mereka tidak pulang bagi menabur semula jasa ke tanah air tercinta. Antara nama yang paling disebut-sebut adalah Dr Amalina Che Bakri apalagi beliau sendiri sudah pun 15 tahun menetap di United Kingdom.
Amalina tanya tentang kerja di Malaysia, saya beri pendapat “JANGAN BALIK”
Merasa kurang senang kerana Dr Amalina ibarat
diperlekehkan, Dr Rafidah Abdullah lantang membidas semula pemikiran kononnya
doktor Malaysia bekerja di luar negara sebagai seorang pembelot. Pakar Buah
Pinggang ini nyatanya terkilan mengetahui yang ‘sedap’ mengata juga terdiri
daripada golongan profesional. Apabila ditanyakan tentang bekerja di sini,
beliau juga tidak menggalakkan doktor muda tersebut pulang atas sebab
apresiasi.
Dr Amalina dapat hadiah biasiswa…Tiada kontrak…Beliau tak perlu balik Malaysia
Menurut penjelasan Dr Rafidah lagi, Dr Amalina
tiada sebarang kontrak biasiswa dengan mana-mana badan berkaitan malahan kini
menerima biaya dari kolej luar negara untuk pengajian pHD. Ini sekali gus
menepis dakwaan meleset yang mengatakan beliau ada hutang dengan Malaysia.
Gaji sikit wey…Luar negara lagi padu gaji & setimpal dengan kerja
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen
bersetuju dengan perkongsian pendapat daripada Dr Rafidah. Malahan ada yang
menganggap gaji tatkala bekerja di luar negara jauh lebih setimpal berbanding
Malaysia.
Sumber : Facebook Dr Rafidah Abdullah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.