[Video] "Saya Fobia Makan Nasi Sebab Nampak Macam Ulat..", 21 Tahun Hidup Tak Makan Nasi, Wanita Dedah Rasa Loya Sebab Nampak Macam Ulat
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Kalau di Malaysia memang semua tahu nasi adalah makanan utama dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja harganya yang murah, malahan dimakan dengan lauk lain memang cukup mengenyangkan perut. Namun jangan terkejut kalau ada juga orang yang tidak boleh menelannya. Bukan kerana tidak suka, tapi badan mereka seolah-olah menolak nasi.
Masa kecil nampak macam ulat…Dalam pinggan ada sebiji nasi memang tak boleh
Kedengaran pelik tapi itulah realiti yang
terjadi kepada seorang wanita bernama Farah Asyikin lalu dikongsikan menerusi
satu video di TikTok. Ketika kecil dahulu, dia loya setelah melihat butiran
nasi yang nampak seperti ulat. Sejak itu, dia tidak mengambil makanan ruji
berkenaan selama 21 tahun berturut-turut.
Mama pernah suap tapi muntah, memang tak boleh makan…Kalau bihun takpe sebab tak serupa nasi
Bukan itu sahaja, ibu muda kepada 2 anak
tersebut juga tidak boleh menyentuh nasi sama sekali dan pernah muntah apabila
cuba disuap. Walau bagaimanapun, makanan-makanan lain yang berasaskan beras
masih boleh dimakan Farah kerana tidak menyerupai bentuk sebutir nasi.
Tak makan ikan dah berpuluh tahun tapi ada yang tak percaya…Untung laki tak payah beli beras
Sejak dikongsikan semalam, rakaman video
berdurasi 20 saat itu telah meraih lebih 149 ribu jumlah tontonan. Meskipun
rata-rata netizen pelik dan terkejut dengan pendedahan berkenaan, namun ada
juga yang mengambil kesempatan berkongsi kisah sama sepertinya.
Sumber: TikTok FrrahAsyikin
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.