"Mak Ayah Tolong Jangan abaikan..", Baru Usia 3 Tahun, Rabun Mata Kanak-Kanak Ini Dah Teruk Macam Orang Dewasa!
Kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang terlalu kerap didedahkan dengan gajet. Sama seperti orang dewasa, hampir setiap masa di tangan mereka pasti akan ada gajet. Ia seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada diri mereka.
Baru-baru ini tular sebuah berita di negara
China di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah disahkan
rabun oleh doktor yang merawatnya. Masalah itu hanya disedari apabila dia
dibawa oleh ibubapanya untuk menjalani pemeriksaan sebelum masuk ke tadika.
Berita tersebut ternyata mengejutkan kedua
ibubapanya. Selama ini anak-kanak yang bernama Tong Tong tersebut tinggal
bersama-sama dengan datuk dan neneknya.
DIBERI GAJET SUPAYA DIAM
Rasanya tindakan ini dilakukan oleh sesiapa
sahaja yang menjaga anak-anak kecil. Bagi mereka, tiada penyelesaian lain
selain daripada memberikan gajet kepada anak-anak ini. Jika tidak, mereka tidak
akan diam dan kita tidak akan mampu untuk melakukan kerja lain.
Tong Tong kerap diberikan telefon pintar untuk
bermain dan menonton kartun setiap hari.
RABUN JAUH 200 DARJAH
Biasanya dalam masyarakat kita, kita akan ukur
teruknya rabun dengan sebutan power. Bayangkan Tong Tong pada usia semuda itu
sudah mempunyai power setinggi 200. Beberapa tahun akan datang jika tidak
diberikan perhatian yang sewajarnya, tidak mustahil angka tersebut akan terus
bertambah.
Risau pula andai ia menjadi masalah penglihatan
yang kronik sehingga terpaksa menggunakan kanta pembesar. Doktor pakar yang
memeriksa dan merawat Tong Tong menegur tindakan ibubapanya selama ini. Baginya
mereka patut memantau segala aktiviti Tong Tong sedari kecil lagi.
Buat masa ini hanya rawatan dengan cermin mata
sahaja yang dapat dilakukan buat Tong Tong. Ia sebenarnya lebih kepada mencegah
daripada rabunnya menjadi semakin teruk. Namun, jika tidak dipantau dengan sebaiknya,
tidak mustahil risiko untuk hilang penglihatan itu ada.
“Dalam tak sedar, ibubapa penyebabnya…”
Salah sebuah komen di lama Facebook Ustaz Ebit
Lew Fans Club, ada warganet yang meninggalkan komen sebenarnya ibubapalah yang
menjadi punca kepada masalah ini.
KERJA KEDAI CERMIN MATA DAN SERING HADAP SITUASI INI
Salah seorang pengguna Facebook yang bekerja di
kedai cermin mata turut mendedahkan situasi yang sedang berlaku kepada
kanak-kanak sekarang ini.
Rasanya sudah tiba masanya untuk para ibubapa
sedar bahawa penggunaan gajet perlulah dihadkan. Jika kita berkata anak-anak
kecil tidak akan diam jika tidak diberi gajet, bagaimana ibubapa kita
menguruskan kita suatu masa dahulu? Mereka mampu melakukannya. Jadi kita juga
sama.
Benar. Zaman berbeza maka cabarannya berbeza.
Tapi sanggupkah kita melihat anak-anak kita mengalami masalah kesihatan dan
penglihatan sedari usia muda lagi? Sama-sama kita renungkan dan fikirkan cara
terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Sumber : Seleksi Network, Medialoka
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.