"Sepatutnya Dia Tak Layak Dijamin Pun..", Adik Ipar Terkilan Suspek Yang Viral Mencederakan Isteri Mengandung Sehingga Koma Dibenar Ikat Jamin
Bulan lepas, kita semua dikejutkan dengan
insiden seorang isteri yang 4 minggu mengandung di Johor dibelasah suaminya.
Meskipun terpaksa hidup merempat tumpang rumah kenalan di sekitar KL, namun 38
hari kemudian suspek akhirnya telah dicekup oleh pihak berkuasa.
Mengaku tak bersalah…bagi alasan tanggung 3 isteri lagi untuk kurangkan kadar jaminan
Meskipun didakwa sengaja menyebabkan kecederaan
serius terhadap Jahidah Nordin, bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah dalam
perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Johor Bahru siang tadi. Dalam
pada itu, Rosmaini Abd. Raof turut merayu jaminan dikurangkan dengan alasan
masih menanggung 7 anak dan 3 orang isteri. Walaupun mendirikan rumah tangga
selama 7 bulan, namun Jahidah merupakan isteri keduanya.
Setiap hari kak Jahidah menitiskan air mata…kau tetap dapat makan & jalan seperti biasa
Dalam pada itu, Fazariah Nordin akui terkilan
memandangkan setiap hari kakaknya akan menitiskan air mata walaupun tidak mampu
respon terhadap keluarganya. Justeru dia merasakan perkara itu tidak adil
kerana lelaki terbabit masih boleh ke hulu-hilir, sedangkan Jahidah kini
terlantar saja.
Walaupun kau tu ada banyak bini…manusia jenis apa kau ni?
Fazariah Nordin juga luahkan kekecewaan apabila
suspek dibenarkan ikat jamin, sedangkan dia tergamak memijak kakaknya sampai
cedera teruk. Justeru wanita ini berharap agar keadilan akhirnya berpihak
kepada Jahidah suatu hari nanti.
Sumber: FB Fazariah Nordin & YouTube Berita
Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial
yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau
kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala
komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.