[Video] "Beriya Mahu Serius Tapi Sendiri Buat Hal..", Awek Ajak Serius Tapi Sendiri Berubah Hati, Lelaki Senyum Kelat Bakar Kenangan

Setiap percintaan pasti ada satu titik kesedaran di mana kedua-duanya mahu terus serius agar hubungan yang terjalin tidak sia-sia. Namun ketika ini juga, banyak ujian yang akan melanda baik kepada pihak perempuan ataupun lelaki. Sekuat mana ia cuba dipertahankan, semuanya bakal ranap sekelip mata jika ada yang tiba-tiba berubah hati persis kisah lelaki di bawah.

Saya nak kawan dengan awak sebab nak kahwin…Sampai bila nak main-main

Beberapa jam lalu menerusi TikTok, Fariz Sukri berkongsikan kedukaan mengenai cinta lamanya. Difahamkan terdahulu, bekas teman wanitanya yang beria-ia mengajak untuk serius sekali gus mengenali kelebihan atau kekurangan masing-masing. Namun semuanya berakhir apabila mereka tidak sefahaman lagi sampailah satu tahap, gadis ini yang angkat kaki terlebih dahulu.

Parut tetap ada…Sekali orang buang, 10 juta kali aku boleh buang

Mengenangkan segala keperitan jiwanya, Fariz seolah-olah menguatkan diri untuk menghapuskan semua kenangan yang ibarat diabadikan dalam sebuah giftbox. Dengan wajah yang suram bersulam senyuman manis, dia mula menuangkan minyak lalu membakar kotak berkenaan.

@farizzkri

Bukan teringat. Cuma parut tetap ada. Sekali orang buang, 10 juta kali aku boleh buang 🤭harap berbahagia 🤲🏼 ##fypシ゚##foryoupage ##bukanbroken##kental

♬ original sound - Farizsukri👨🏻‍💻

6 tahun bercinta tapi kena tinggal, sampai sekarang malas bercinta

Dengan puluhan ribu jumlah tontonan, netizen tidak ketinggalan merasa sebak dan memberikan Fariz kata-kata semangat. Malahan ada juga yang berkongsikan kisah putus cinta serupa membuatkan mereka sukar untuk melupakan sehingga sekarang.

Sumber : TikTok FarizSukri

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close