"Betul2 Suami Durjana..", Belasah Isteri Hamil Sampai Koma, Suspek ‘Kantoi’ Dah Kahwin 4 Di Mahkamah

Bulan lepas, media sosial pernah kecoh tentang sikap suami yang tidak berhati perut apabila tergamak belasah isterinya yang sarat hamil sehingga koma. Bagaimanapun, taktik licik suspek yang menumpang rumah kenalan di Kuala Lumpur selama 38 hari semata-mata ingin mengelak daripada dicekup pihak berkuasa akhirnya terbongkar jua.

Suspek dituduh sebabkan kecederaan pada isteri…Tapi mengaku tak bersalah

Siang tadi, suspek bernama Rosmaini Abd Raof telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mencederakan isteri keduanya iaitu Jahidah Nordin sehingga koma. Peniaga terbabit didakwa memukul bahagian kepala, muka dan tangan serta menghentakkan kaki pada bahagian belakang tangan yang menyebabkan kecederaan serius. Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan hakim.


Suspek rayu jaminan RM30 ribu dikurangkan…alasan perlu sara 4 isteri & 7 anak

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 5 hingga 7 tahun. Terdahulu, pihak Timbalan Pendakwa Raya turut menawarkan jaminan sebanyak RM30,000. Tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan masih menanggung 7 anak dan 4 isteri (termasuk Jahidah).

Akhirnya jaminan dikurangkan sehingga RM7 ribu

Justeru pihak Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM7,000 dengan 2 orang penjamin. Tertuduh juga perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan di samping tidak boleh mengganggu isterinya yang koma itu. Manakala sebutan semula jenayah tersebut ditetapkan pada 25 Julai 2021.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close