"Jangan Minum Coca Cola, Minumlah Air Kosong..", Ronaldo Alih Botol Coca-Cola (Sponsor Euro 2020), Saran Orang Ramai Minum Air Untuk Jaga Kesihatan
Pemain superstar Juventus, Cristiano Ronaldo dilihat tidak senang duduk apabila mendapati ada dua botol Coca-Cola di meja ketika menghadiri sidang media Euro 2020, menjelang perlawanan pertama Portugal dalam kejohanan itu.
Ronaldo kemudian mengalihkan dua botol air itu ke tepi dan
mengangkat botol air mineral sambil berkata 'Agua' (bahasa Portugis) yang
bermaksud air, sebagai isyarat kepada para hadirin bahawa orang ramai harus
minum air, bukannya minuman manis.
Pengurus Portugal, Fernando Santos juga hadir pada sidang
media itu, tetapi beliau tidak mengikut tindakan Ronaldo. Klip video tersebut
viral meluas di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen.
Coca-Cola merupakan salah satu penaja untuk Euro 2020 dan
tidak diketahui sama ada UEFA akan mengambil tindakan terhadap pemenang Ballon
d'Or sebanyak lima kali itu.
Portugal dijadualkan akan menentang Hungary pada perlawanan
pertama pada 15 Jun. Portugal berada dalam Kumpulan F, bersama dengan Perancis
dan Jerman.
Pemain berusia 36 tahun itu akan menjadi pemain pertama yang
tampil dalam lima Kejuaraan Euro berkata, dia mahu memberikan aksi terbaik
dalam perlawanan pertama hingga yang terakhir.
"Saya telah bermain di tahap tertinggi selama
bertahun-tahun, jadi ini sama sekali tidak menggegarkan saya. Jika saya berumur
18 atau 19 tahun, mungkin saya akan tidur malam. Tetapi saya berusia 36 tahun
dan apa sahaja yang mendatang untuk menjadi yang terbaik, sama ada tinggal di
Juventus atau bertukar," katanya.
Sumber: Indian Express
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.