[Video] "Biar Betul, Heavy metal Bertudung..", Ubah Persepsi Masyarakat, 3 Gadis Berhijab Indonesia Tubuh Kumpulan ‘Heavy Metal’
Related:
Sebut tentang ‘heavy metal’, pasti ramai yang terbayang lelaki bertatu dan bertindik disertai gaya rambut pacak sambil menyanyi dengan cara menjerit lagu secara agresif.
Bagaimanapun, sebuah kumpulan ‘heavy metal’ di Indonesia ini
menolak segala andaian dan stereotaip apabila semua anggotanya terdiri dari
gadis muda berhijab.
Voice of Baceprot ubah stereotaip terhadap gadis kampung
Dikenali dengan nama Voice of Baceprot (VOB), kumpulan
‘heavy metal’ itu dianggotai 3 orang gadis berumur 19-20 tahun, Firda sebagai
vokalis dan gitaris, Widi sebagai bassist dan Euis sebagai drummer.
Memetik temubual di YouTube South China Morning Post, 3
gadis berasal dari Jawa Barat itu mendedahkan bahawa tidak ramai wanita kampung
mereka yang bebas mengejar impian kerana kebanyakannya berkahwin di usia muda.
Jadi mereka ingin mengubah stereotaip atau persepsi orang
ramai terhadap gadis kampung dan dari situlah tercetusnya idea menubuhkan kumpulan
heavy metal.
Setelah bekerja keras sejak tahun 2014, akhirnya mereka
berjaya memujuk ibu bapa mereka mereka menggapai impian dengan tertubuhnya
kumpulan VOB serta dapat melakukan persembahan di kaca televisyen.
Tujuan mereka hanya 1 iaitu untuk membanggakan kedua ibu
bapa kelak.
Single popular “School Revolution” kritik sistem persekolahan Indonesia
Menurut The Asean Post, mereka mula berhijrah ke bandar
setelah single mereka berjudul “School Revolution” menjadi popular pada tahun
2018.
Lirik berunsur perjuangan peranan wanita dan isu persekitaran
Apa yang lebih menarik ialah majoriti lirik lagu mereka
memberi tekanan kepada peranan kaum wanita dalam masyarakat dan juga isu
persekitaran.
Bukan itu sahaja tau, kumpulan VOB juga pernah mengadakan konsert antarabangsa secara online seperti di WOW UK Festival di England dan Global Just Recovery Gathering tau! Bukan biasa-biasa.
Dalam pada itu, mereka berharap agar suatu hari nanti usaha
keras mereka boleh membawa kumpulan VOB ke festival music Amerika Syarikat,
Coachella suatu hari nanti.
Malah, mereka juga memasang impian untuk berkolaborasi
dengan kumpulan ‘heavy metal’ terkenal seperti System of a Down.
Tonton video penuh:
Sumber: The Asean Post, YouTube South China Morning Post
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.