[Video] "Pengsan Pak Guard Tu Kena Lempang..", Tegur Pelanggan Degil Tak Scan Suhu, Pak Guard Ditampar Jatuh Pengsan
Scan suhu badan dan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis adalah norma baru yang perlu dipatuhi semua orang. Malangnya selepas 2 tahun bergelut dengan wabak COVID-19 pun, masih ada individu mementingkan diri dengan anggapan benda tersebut adalah leceh. Lebih teruk lagi apabila mereka tidak boleh mematuhi arahan staf yang sedang menjalankan tugas.
Pak cik ni jaga pintu masuk…Dia suruh scan suhu tapi pelanggan tu taknak
Persis video yang sudah tular di TikTok sejak 2 hari lalu
ini, pintu masuk sebuah pasaraya terkemuka menjadi kecoh kerana dikatakan
pengawal keselamatan bertekak dengan seorang pelanggan. Semuanya bermula
apabila individu terbabit dikatakan naik berang selepas ditegur untuk memeriksa
suhu badannya terlebih dahulu sebelum masuk membeli barang.
Lepas 15 saat bertekak, Pak Guard ditampar hingga pengsan selama 1 minit
Beberapa saat kemudian, Pak Guard berkenaan jatuh pengsan
selama lebih kurang seminit apabila dengan tak semena-mena ditampar oleh
customer biadap tersebut. Difahamkan, pemilik kenderaan mewah itu terus
melarikan diri namun mujur sahaja si empunya video sempat mengambil nombor plat
untuk tindakan lanjut.
Report polis…Nak tampar tu apa hal? Ikut jela SOP
Kejadian ini cukup membuatkan netizen merasa terkilan.
Apalagi melihat keadaan pak cik tersebut yang terpinga-pinga untuk bangun
selepas rebah ke lantai pintu masuk sekali gus berharap pihak berkuasa dapat
membuat siasatan lanjut.
Sumber : TikTok ashpopo
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.