“Tak Pernah Buka Tabung Pun Pergi Gaza, Langsung Tak Tahu Syarikat HALA” -Ebit Lew
Tepat jam 12. 50 tengahari, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah
membuat sidang media dan bersiaran secara langsung di platform media
sosialnya.
Sidang media tersebut merupakan penjelasan mengenai beberapa tohmahan yang
diterima olehnya sejak bermulanya misi kemanusiaanya ke Gaza.
Di awal sidang medianya, beliau memaklumkan tetap menghormati
individu-individu seperti Caprice dan Nadir Al-Nuri walaupun ada beberapa
penjelasan mereka agak bersimpang dengan realitinya serta mengguris perasaan
Ebit Lew.
Jadi, sidang media tersebut adalah jawapan daripada soalan-soalan yang
berkecamuk terutamanya mengenai penulisan Nadir Al Nuri semalam.
Guna duit sendiri
Pertama sekali, Ustaz Ebit Lew (UEL) memaklumkan yang beliau telah pergi ke
sana menggunakan duit sendiri. Beliau juga tidak pernah membuka sebarang
tabung untuk pergi ke Gaza.
Jadi, UEL meminta soalan tersebut ditanyakan semula kepada Nadir Al Nuri
memandangkan individu tersebut membuka tabung dan mengutip sumbangan untuk
pembangunan Gaza.
Bukan proposal, tapi hantar qoutation
Selain itu, isu berkenaan pihak UEL dikenali sebagai Ustaz Zul tidak
membalas WhatsApp kepada Nadir turut dijawab beliau apabila memaklumkan
berkenaan proposal yang dihantar Nadir adalah mengenai qoutation barang yang
berharga 40 dolar.
Jumlah tersebut dianggap mahal kerana mereka mendapat lagi yang lebih murah
iaitu kira-kira 20 dolar. Jadi, isu tak membalas WhatsApp bukan isu
besar.
Tiada isu jalan2, pergi dekat2 hotel sahaja
Disamping itu, isu soalan ‘jalan-jalan di Cairo’ itu turut dijawab UEL.
Menurutnya, pada awal beliau hanya mahu hantar bantuan kepada Bulan sabit
Merah Mesir dan balik.
Memandangkan beliau mengikut tourism, beliau hanya ke sekitar hotel
sahaja.
Tiada barang yang terbazir
Isu berkenaan membeli barang di Cairo pula adalah barang-barang perubatan
memandangkan barang tersebut tiada di Gaza. Barang-barang keperluan lain
juga ada dibeli di Gaza. Jadi, Nadir tidak patut mempersoalan hal
tersebut.
21 jam dalam kereta, tak perasan
Ebit Lew juga mengatakan sememangnya tidak pernah membuat live sepanjang
membuat misi kemanusiaan. Jadi teguran yang dibuat kepada Nadir adalah
perkara biasa dilakukan sebelum ini.
Beliau mengatakan yang memasuki Gaza memerlukan 21 jam untuk perjalanan
sahaja. Dengan 21 checkpoint, 21 jam dan diiringi 12 kereta kebal sudah
tentu keletihan, tak sempat makan dan juga tidak sempat ke tandas.
Jadi, beliau tidak perasan kehadiran Nadir kerana mahu cepat-cepat
melakukan solat jamak. Seusai majlis beliau terus ke hotel dan hanya berada
di Gaza 3 hari kerana ayah sedang tenat.
Hormat cara bantuan orang lain
Ebit Lew turut meminta orang lain menghormati cara masing-masing dalam
memberi bantuan kerana beliau ada cara tersendiri membantu. hal ini susulan
tuduhan membina rumah anak yatim yang bukan ‘budaya’ masyarakat Arab.
Tak tahu pun syarikat HALA
Paling kemuncak, beliau menjawab soalan berkenaan syarikat HALA yang
dikatakan membawa teamnya ke Gaza. UEL menegaskan beliau tidak tahu sama
sekali berkenaan syarikat tersebut kerana mereka memasuki negara tersebut
melalui Kedutan Malaysia dan Wisma Putra.
Beliau jelaskan pernah menghubungi syarikat Mile of Smile dan mendapati
cara masuk ke sana bernilai 10 ribu dolar, iaitu kira-kira RM50 ribu.
Sedangkan beliau memasuki Gaza dengan bantuan syarikat Lucky tour bernilai
2,500 ribu dolar iaitu kira-kira RM10,000 sahaja sekepala.
Namun, yang membuatkan mereka lama di sana adalah mendapat kelulusan dua
pihak iaitu Kerajaan mesir dan juga kelulusan Mesir.
Serahkan semua hal kepada pihak polis
UEL juga menjawab lagi beberapa tuduhan yang diterima dan menjelaskan apa
sebebarnya berlaku disebalik kontroversi tersebut. Jadi, beliau berharap
segala tuduhan tersebut dijawab dan membersihkan namanya.
Sumber: Ohmymedia