Bayar RM40, Dapat Bouquet Coklat Camni Je?!
MUAR, JOHOR - Lain yang dipesan, lain pula yang dapat. Harapan Ayuni
Salwani mahu memberikan kejutan kepada rakannya menjadi perkara yang
memalukan apabila bouquet coklat yang dipesan dari seorang wanita, berbeza
dengan apa yang dipinta dan tidak setanding dengan harga.
"Lain yang kita minta, lain yang kita dapat. Surprise birthday girl jadi
hancur sebab semua ini. Saya bukannya suruh dia buat bouquet coklat harga
RM10," tulis Ayuni di Facebooknya 10 Mei yang lalu.
Selain kecewa dengan hasil yang tidak serupa, layanan selepas
penghantaran juga tidak memuaskan. Malah Ayuni mendakwa dia turut
dimarahinya.
"Dia layan pelanggan macam apa. Nak marah-marah kita blaik dah satu hal.
Bila minta tukar, dia pula suruh kita naik Parit Jawa. Layanan macam apa.
Jangan ada sesiapa lagi yang tertipu dengan dia," tulisnya.
Susulan viral itu, wanita berkenaan terus menukar nama Facebooknya dan
tidak berapa lama kemudian, akaun Facebooknya telah
dipadamkan.
Berdasarkan gambar, Ayuni pada awalnya meminta wanita berkenaan membuat
bouquet coklat itu mengikut gambar yang diberi mengandungi coklat Cloud 9,
Moro, Kit Kat, Milo, Cadbury Dairy Milk, Crunch, Oreo, Crispy dan beberapa
lagi jenama coklat yang lain.
Bagaimanapun, bouquet yang diterima amat jauh berbeza di mana rakan Ayuni
hanya menerima bouquet coklat yang 'murah', tidak setanding dengan harga.
Antaranya, Cadbury Zip, Crunch, Top, Boro, Mini Oreo, Kit Kat berserta
dengan bouquet yang tidak setanding dengan harga.
Sementara itu, netizen juga mengkritik tindakan wanita berkenaan yang
dianggap menganiaya pelanggannya, malah menganggap hasil bouquet yang
dibuat wanita itu tidak setanding dengan harga.