Kanak-Kanak Hampir Lemas Ditinggalkan Seorang Diri Di Tab Mandi
Video berdurasi 1 minit 36 saat itu telah ditonton 29,000 kali dan
dikongsi 414 penggunanya sejak dimuat naik 7 jam lalu oleh laman The
Alternatif.
Berdasarkan video, kejadian berlaku pada jam 1.16 petang pada 16 Mei
2017. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Video menunjukkan seorang kanak-kanak yang duduk di atas pelampung
berwarna merah jambu, dibiarkan bersendirian di tab mandi tanpa sebarang
pengawasan orang dewasa.
Seketika kemudian kelihatan kelibat seorang wanita yang dipercayai
petugas premis berkenaan keluar dari bilik tersebut meninggalkan
kanak-kanak itu bersendirian.
Sehinggalah satu ketika, kanak-kanak itu cuba keluar dari pelampung
tersebut, namun terbalik dan gagal mengeluarkan kakinya dari pelampung.
Mangsa meronta-ronta selama 1 minit 10 saat di dalam air sebelum
diselamatkan oleh seorang lelaki yang ternampak kejadian itu.
Kedua-dua individu itu cuba menepuk bahagian belakang badan mangsa untuk
mengeluarkan air dari dadanya. Bagaimanapun tidak diketahui nasib mangsa
selepas itu.
Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan tidak membiarkan anak-anak kecil
bermain bersendirian di tab mandi atau kolam mandi tanpa sebarang
pengawasan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.