Wanita nyaris mati selepas suntik jus buah dalam saluran darah
Seorang wanita berusia 51 tahun, Zeng, dari bandar Chenzhou, Hunan,
China, percaya bahawa cara terbaik untuk menyerap nutrien dari buah-buahan
segar adalah menyuntik jus buah-buahan itu terus di saluran darahnya,
lapor Shanghaiist.
Untuk itu, dia mengisar 20 jenis buah-buahnya dan menyuntik jus itu ke
dalam saluran darahnya.
Tidak beberapa lama kemudian, Zeng mengalami demam dan terasa gatal di
seluruh badan. Tetapi dia tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa
sehinggalah suaminya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan
isterinya lalu menghantarnya ke hospital.
Kes Zeng dikategorikan sebagai serious oleh hospital tempatan yang
kemudian memindahkannya ke hospital lain dan terus dimasukkan ke unit
rawatan rapi (ICU).
Tindakan Zeng itu telah menyebabkan hati dan buah pinggangnya terjejas.
Doktor berkata, Zeng juga berada dalam keadaan kritikal kerana beberapa
organnya mula gagal berfungsi.
Selepas lima hari dirawat di ICU, akhirnya Zeng dipindahkan ke wad
biasa.
Related:
Menurut Zeng, dia tidak menyangka bahawa tindakannya itu boleh
menyebabkan maut.