Ibu kelar leher bayinya berusia 3 minggu kerana cemburu suami lebih menyayangi anak berbanding dirinya
Seorang wanita Ukrain didakwa mengelar leher bayi perempuannya berusia
tiga minggu kerana cemburu dan percaya suaminya lebih menyayangi bayi itu
berbanding dirinya, lapor Daily Mail.
Wanita berusia 21 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu, membunuh
mangsa ketika suaminya tiada di rumah, dalam kejadian di Rivne,
Ukrain.
Sumber polis berkata, si ibu melakukan perbuatan itu ketika suaminya yang
berusia 26 tahun itu keluar membuang sampah.
Sekembali dari membuang sampah, lelaki itu ternampak tangan isterinya
penuh dengan darah lalu bergegas masuk ke dalam bilik untuk memeriksa
keadaan anaknya dan ternampak anaknya berlumuran darah, tidak
bernyawa.
Terkejut dengan kejadian itu, bapa mangsa terus menghubungi pihak
berkuasa untuk meminta bantuan perubatan.
Ibu kepada lelaki terbabit, Maria Momot berkata, "Anak saya keluar
beberapa minit dan isteri dia mengambil pisau dapur lalu mengelar leher
bayinya."
Menurut Momot, menantunya cemburu kerana dia menyangka suaminya lebih
menyayangi mangsa lebih dari dirinya.
"Saya dan anak lelaki saya sangat sayang pada si kecil ini dan kami
menjaganya dengan sepenuh hati.
"Tetapi menantu saya cemburu dan menyangka suami dia lebih menyayangi
anaknya berbanding dirinya.
"Baru pagi ini saya memandikan dia dan sekarang dia sudah tiada. Saya tak
dapat menerima kejadian ini berlaku dalam keluarga kami."
katanya.
Menurut anggota kecemasan yang tiba di tempat kejadian berkata, dia
terdengar si ibu bertanya pada suaminya, "Kenapa awak
menangis?"
Polis juga menemui pisau yang mempunyai kesan darah, yang digunakan oleh
wanita itu untuk membunuh anaknya.
Related:
- (Video) 'Wa 3 line punya orang! Lu langsi sama wa!' - 2 lelaki buat onar di PPV ditahan polis
- Pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi kerap mengeluh dijatuhkan hukuman mati oleh Kim Jong-Un
- "Kami Hanya ikut SOP..", Pihak Masjid Putra Memohon Maaf Isu VIP Dibenarkan Masuk Solat Jumaat Sedangkan Ramai Lagi Yang Beratur
"Mangsa mati akibat kecederaan parah di lehernya. Si ibu tidak dapat
menjelaskan kenapa dia berbuat demikian dan tidak ingat kenapa dia
bertindak membunuh anaknya sendiri," kata polis.
Difahamkan, suspek mengalami meningoensefalitis (radang otak) pada
November 2018 yang dipercayai telah menjejaskan mentalnya dan dia
baru-baru ini juga menjalani rawatan pemulihan.
Suspek kemudian dibenarkan pulang pada 3 Mac lalu selepas melahirkan anak
di mana doktor percaya dia sudah sihat.
Suspek ditahan reman dan akan menjalani ujian psikiatri. Sekiranya ujian
itu menunjukkan si ibu bertanggungjawab terhadap kejadian itu, dia akan
didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika
didapati bersalah.