"Saya Tak Perasan Sebab Saya Tidur..", Wanita Dirogol Perompak Ketika Suaminya Tidur Di Ruang Tamu
Dalam kejadian jam 4 pagi di rumah di Kampung Rantau Panjang, mangsa yang
tidur di biliknya dikejutkan dengan kehadiran tiga penjenayah
itu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat
berkata, salah seorang suspek dipercayai warga Indonesia meminta mangsa
mendiamkan diri sebelum mangsa dirogol, manakala dua lagi suspek berada di
luar bilik.
"Mangsa yang diacu dengan pisau, diugut jika dia menjerit, suaminya yang
sedang tidur di ruang tamu akan dibunuh," katanya memetik laporan
dari Berita Harian.
Selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri dan mangsa segera
mengejutkan suaminya dan memaklumkan mengenai kejadian itu.
Suami mangsa dan jiran cuba mengejar suspek tetapi gagal.
Pemeriksaan di sekitar kawasan rumah menemui kesan umpil di bahagian
tingkap dapur rumah. Beg duit mangsa yang berisi wang tunai berjumlah
RM300 dan kad pengenalannya juga dilarikan.
Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk
pemeriksaan dan disahkan trauma.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397
kanun sama.