B4yi 3 Bulan Meningg4l Duni4 Akibat Tersedak Susu Ketika Dalam Jagaan Pengasuh
KUALA KRAI, KELANTAN - Seorang bayi berusia 104 hari dilaporkan meninggal
dunia akibat tersedak susu ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya pada
27 April lalu.
Wan Muhammad Adam Aryan bin Wan Mohamad Azizie, meninggal dunia akibat
tersedak susu dan keadaan mangsa itu hanya disedari oleh bapanya yang
datang menjemput mangsa pada jam 6 petang.
Berikut kronologi pada hari kejadian, 27 April 2017 yang disahkan
sendiri oleh ibu mangsa, Nurul Izzah Ayuni:
Adam dihantar ke rumah pengasuh pada jam 12 tengah hari. Lebih kurang
pada jam 3 petang, Nurul Izzah Ayuni menghubungi pengasuh bertanyakan dentang Adam. Pengasuh jawab, Adam
menangis lalu Nurul Izzah Ayuni meminta pengasuh hantar gambar Adam.
Bagaimanapun, pengasuh hanya mendiamkan diri.
Jam 6 petang, bapanya, Wan Mohamad Azizie, telah datang ke rumah pengasuh
untuk menjemput Adam. Muka pengasuh agak terkejut melihat kedatangan bapa
Adam kerana kebiasaannya jika Adam dihantar pada jam 12 tengah hari,
mereka akan jemput Adam pada jam 9 malam.
Pengasuh kata nak siapkan Adam. Setelah 45 minit kemudian, barulah
pengasuh muncul bawa Adam dan serahkan kepada bapanya. Namun bapanya
mendapati Adam sudah biru, kaku dan tidak bernyawa.
Pengasuh dengan selambanya berkata, "Adam tersedak susu. Tu teksi dah ada, bawalah ke
hospital,"
Mudahnya pengasuh berkata demikian. Pengasuh langsung tidak menghubungi
ambulans mahupun menghubungi ibu bapa Adam untuk memaklumkan kejadian
itu.
Setelah dibawa ke hospital, doktor menjangka Adam sudah meninggal dunia
sejak jam 5 petang. Entah apa yang terjadi jika bapanya datang menjemput
Adam pada jam 9 malam.
Dalam keterangan pengasuh pada pihak polis mengatakan, pengasuh ada buat
bantuan pernafasan (CPR) kepada Adam.
Walau bagaimanapun, timbul persoalan apakah CPR yang dibuat oleh pengasuh
itu adalah satu tindakan yang betul bagi menyelamatkan bayi tersedak susu
dan adakah pengasuh berkenaan mempunyai kelayakan untuk melakukan
CPR?
Ibu bapa mangsa redha dengan ketentuanNya, namun tetap mahu menuntut
keadilan untuk anak mereka agar tiada lagi ibu bapa yang meneirma nasib
yang sama seperti mereka.
Justeru, ibu bapa mangsa memohon dari mana-mana pihak yang mempunyai
pengalaman seperti kes ini untuk tampil membantu membawa kes ini ke muka
pengadilan.
Jenazah Wan Muhammad Adam Aryan telah selamat dikebumikan pada tengah
hari 28 April lalu.