'Dia Mula Pukul Anak Saya Sejak Dia Kantoi Makan 'Benda' Itu' - Anak Parah Didera Bapa Tiri
Viral di media sosial, seorang kanak-kanak perempuan didera oleh bapa
tirinya sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan dan dimasukkan ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut sumber, suspek sebelum ini pernah berkahwin namun bercerai kerana
isterinya tidak tahan dipukul. Hasil perkahwinan pertama, mereka
dikurniakan seorang anak.
Suspek kemudian berkahwin dengan mangsa yang merupakan janda yang
mempunyai seorang anak perempuan.
Menurut ibu kepada wanita terbabit, anak perempuannya mula dipukul
semenjak mengetahui suspek menghisap dadah.
"Kes itu bermula sejak anak saya mengetahui suaminya menghisap dadah,
lalu dia dipukul dan anak perempuannya juga turut menjadi mangsa," kata
neneknya.
Tidak tahan diperlakukan seperti itu, si ibu dan anaknya melarikan diri
sebelum membuat laporan polis.
Difahamkan, polis kini sedang giat memburu suspek yang berasal dari
Bakong, Miri.
Sumber: Dato Broerslers Chia