"Ibarat Saya Punching Bag, Kenapa Saya Plak Yang Dikecam..", Dr Amalina Dikecam Isu ‘Bodoh-Bodoh Sikit’
Sekitar malam tadi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad akhirnya tampil memohon maaf kontroversi berhubung kenyataan wanita perlu ‘bodoh-bodoh sikit’ jika ingin cepat bertemu jodoh. Klip yang telah disunting kepada 56 saat terbabit telah menimbulkan perbalahan dan reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan wanita.
Cuma salah faham…klip sekerat dipetik daripada video lama
Justeru Prof Muhaya jelaskan ia merupakan satu salah faham,
kerana secara teknikalnya kenyataan itu dipetik daripada video lama. Selaku
seorang isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya, maka beliau semestinya sentiasa
berhasrat agar semua wanita berjaya ke puncak tertinggi dan mendapat bahagia
dunia akhirat.
Jadi ‘punching bag’ kecaman netizen…walaupun ramai lagi nyatakan pendapat sama
Dalam pada itu, Dr. Nur Amalina Che Bakri dikecam netizen
susulan kenyataannya yang membidas video viral Prof. Muhaya tersebut. Melalui
Twitter, dia luahkan seolah-olah dijadikan ‘punching bag’ susulan tindakan itu
walaupun ramai lagi individu terkenal yang mengulas pendapat sama sepertinya.
Saya memang tidak kenal beliau secara peribadi…tak boleh terus call & ajak berbincang
Walaupun disaran agar bincang dengan baik tentang isu
tersebut, namun beliau akui tidak mengenali Prof Mahaya secara dekat dan
peribadi. Selain itu, Dr. Amalina turut berpendapat bahawa lumrah bagi seseorang
memberi hujah bertentangan tentang sesebuah isu dengan tujuan memberi mesej
dengan lebih jelas kepada umum.
Sumber: Twitter DrAmalinaBakri
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.