"Biar Betul 11 Tahun Hilang..", 11 Tahun Dilaporkan Hilang, Rupanya Wanita Tinggal Dengan BF, Hanya 500 Meter Dari Rumah Keluarga
Sebelum ini, dah banyak kes orang hilang sebab ikut pasangan yang kita dengar. Kebanyakannya mesti akan lari jauh dari keluarga bahkan ada sampai ke luar negara.
Namun kes yang berlaku di India ini boleh dikatakan agak
wow, tapi dalam masa yang sama boleh dianggap macam ‘pelik’ juga.
11 tahun hilang
Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan hilang dari
kampung Ayalur, Palakkad di India 11 tahun lalu dan akhirnya ditemui tinggal
hanya 500 meter dari rumah keluarganya.
Rupa-rupanya wanita tersebut tinggal bersama kekasihnya,
namun ibu bapanya tidak pernah berjumpa atau terserempak walaupun tinggal
berdekatan. Pelik kan?
Wanita bernama Sajitha itu berjaya ditemui selepas teman
lelakinya, Alinchuvattil Rahman turut dilaporkan hilang sejak kira-kira tiga
bulan lalu, hingga keluarganya membuat laporan polis.
Walau bagaimanapun, mereka berdua ditemui selepas abang
kepada Rahman iaitu Basherr secara tidak sengaja terserempak dengan adiknya dan
mengekorinya. Hasilnya, dia mendapati Rahman dan Sanjitha tinggal bersama di
kampung sebelah.
Menurut The Indian Express, pihak polis telah menahan dan
membawa pasangan tersebut dan dihadapkan ke mahkamah tempatan.
Pegawai Balai Polis Nenmara, Deepa Kumar A berkata, pasangan
tersebut merahsiakan hubungan mereka kerana berbeza agama dan takut untuk
berterus terang kepada keluarga.
Hilang sejak 2010
Seterusnya, Sajitha dikatakan meninggalkan rumahnya pada
malam bulan Februari 2010 dan memasuki rumah Rahman. Bermacam usaha dilakukan
pihak polis untuk mencari dia, tapi tak berjaya. Tambahan pula, wanita tersebut
tidak mempunyai telefon bimbit ketika kejadian berlaku.
“Tiada yang tahu mengenai hubungan mereka,” kata pegawai polis tersebut.
Basher memberitahu bahawa Rahman bekerja sebagai pelukis
rumah dan mempunyai bilik berasingan yang sentiasa berkunci. Dia juga tidak
membenarkan sesiapa untuk masuk ke biliknya.
“Rahman merupakan seorang pelukis rumah dan mempunyai bilik berasingan serta dibiarkan terkunci. Dia juga tidak membenarkan orang memasuki bilik itu,” katanya
Disebabkan Rahman ni juga jenis panas baran, ibu bapanya tak
berani untuk mengganggu lelaki tersebut.
“Kadang-kalanya dia berkelakuan seperti pesakit mental. Dia betukar ‘ganas’ apabila ada yang cuba memasuki biliknya. Selain dia turut membawa makanan ke dalam biliknya.”
Seorang jiran lelaki tersebut turut mengesyaki, bahawa
Rahman mungkin mempunyai masalah mental dan seorang intovert kerana kelakuannya
itu sebelum ini.
Bilik Rahman dikatakan tiada tandas, maka Sajitha akan
keluar bila waktu malam atau semasa ketiadaan orang di rumah. Pakaiannya juga
akan dikeringkan di dalam bilik Rahman.
Rahman akhirnya memberitahu mahkamah, dia menyembunyikan
wanita tersebut di dalam biliknya kerana takut keluarganya bantah jika
diberitahu untuk ajak Sajitha tinggal bersama.
Macam-macam hal, korang jangan pula nak ikut macam ni okay.
Bahaya!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.