Ibu Tunggal Terpaksa Jual Telefon Demi Nak Pastikan Anak-Anak Dapat Makan
Sejak tahun lalu, ramai yang terkesan dan terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.
Lebih menyedihkan, ada yang hilang kerja dan terpaksa
menculas makanan. Baru-baru ini, tular perkongsian video seorang pengguna
TikTok dikenali sebagai Shahril berkongsikan kisah seorang ibu tunggal ini.
Menurutnya, pada suatu hari dia disapa oleh seorang wanita
yang datang menaiki motosikal ketika sedang berehat. Wanita itu menawarkan
untuk menjual telefon untuk membelikan makanan dan minuman buat anak-anaknya.
Lebih sebak, wanita itu yang merupakan ibu tunggal kepada
empat cahaya mata itu berkata dia dan anak-anaknya tidak makan sejak dari pagi
lagi.
“Tengah rehat tiba-tiba akak ni mai. Dia nak jual telefon
dia. Saya tanya kepada nak jual, dia cakap tak ada duit nak makan. Dari pagi
tak makan.
“Ni dari pagi tak makan, anak dekat rumah pun tak makan.
Minyak motor pun nak habis dah,” tulisnya.
Dalam pada itu, wanita itu berkata dia mengambil upah
mencuci namun disebabkan PKP dia tidak dapat lagi melakukan kerja berkenaan.
“Kak buat kerja cuci rumah orang. Ni Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) tak boleh buat. Ni telefon anak dia tak bagi jual, tapi kak
terpaksa. Duduk dengan anak 4 orang, kak ibu tunggal.
Simpati dengan nasib menimpa wanita tersebut, Shahril
memberikan sedikit bantuan serta akan menghantar bantuan lain ke rumah hasil
daripada kerja amal yang dilakukannya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen
yang turut bersimpati dengan nasib ibu tunggal itu serta mendoakan agar
dimurahkan rezeki untuk menyara anak-anak.
SUMBER: TikTok Shahril
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.