"Sangat Biadap & Kurang ajar..", Sialkan Ibu Bapa Di Laman Sosial, Komen Biadap Budak Bawah Umur Ini Membimbangkan

Tidak dinafikan budak-budak zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu apatah lagi di zaman teknologi ini, telefon pintar sudah menjadi satu kemestian buat anak yang masih bersekolah.

Baru-baru ini tular status di Twitter dimana seorang pengguna sanggup sialkan ibu bapa kerana bengang tiada lagi privasi apabila tombol pintu bilik dicabut dan telefonnya dirampas. Malah, turut mengugut untuk membunuh diri hanya kerana tindakan ibu bapanya itu.

Status tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa netizen yang turut mengatakan ‘dikongkong’ oleh ibu bapa sendiri.

Seorang netizen turut mengatakan masih tidur dengan ibu mereka serta melemparkan kata kesat kerana berdepan situasi tersebut. Melihatkan pada komen-komen tersebut, ternyata mereka ini masih kanak-kanak.

Namun, ramai yang bimbang dengan komen biadap tersebut apatah lagi tiada adab sehingga sialkan ibu bapa di media sosial.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan anak-anak generasi sekarang sangat menakutkan sedangkan tindakan ibu bapa hanya kerana sayang dan tidak mahu mereka tersasar serta memilih jalan yang salah.

SUMBER: Instagram Kina.Omar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close