[Video] “Saya Hanya Ingin Mencari Rezeki Yang Halal”, Kekurangan Bukan Penghalang, Pemuda OKU Buat Live Jual Baju, Stokin Di Media Sosial
Kini, ramai peniaga memilih platfom berniaga secara atas talian berikutan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada orang ramai. Mekanisme yang digunakan juga secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi kos yang perlu mereka tanggung.
Seperti seorang peniaga yang menghidap Cerebral Palsy
(gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan)
dikenali sebagai Dale ‘gigih’ membuat jualan secara atas
talian bagi mencari rezeki yang halal buat keluarganya.
Memegang status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), sama
sekali tidak menjadi penghalang buat lelaki ini dalam memasarkan produk-produk
yang dijualnya. Difahamkan, dia menjual stokin dan baju yang menawarkan
pelbagai rekaan dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Facebook live.
Pada masa yang sama, lelaki ini sempat memohon maaf kepada
orang ramai jika pelanggannya mempunyai kesukaran untuk memahami apa yang cuba
dia sampaikan.
Saya adalah seorang OKU yang cacat anggota dari golongan
Cerebral Palsy, berusaha menjalani perniagaan online, saya mohon maaf yang saya
mempunyai masalah pertuturan, seandainya rakan rakan sekalian tidak dapat
memahami saya sila teks dengan saya dalam chat.
Menerusi semakan, selain menjual menerusi
Facebook live, dia juga menggunakan platfom Shopee dalam memasarkan lagi produk
yang dijualnya.
Sumber: Scarpe Negozio Empire
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.