Anak Tak Dibenarkan Ambil Ujian Sebab Tak Bayar Yuran, Bapa T1k4m Pengetua Sekolah

Gara-gara anak tidak dibenarkan untuk mengambil ujian berikutan tidak membayar yuran komuniti, seorang bapa sanggup bertindak kejam dengan menikam pengetua sekolah anaknya. Kejadian tersebut berlaku semalam, di Indonesia.

Menerusi laporan yang dipetik daripada iNews.ID, mangsa yang dikenali sebagai Adelfina Azi berusia 59 tahun dikejarkan ke Pusat Kesihatan Nangaroro susulan kecederaan yang dialaminya. Ujar mangsa, kejadian tersebut berlaku pada pagi Selasa dan bapa kepada pelajar berkenaan berang kerana pihak sekolah tidak membenarkan anaknya untuk mengambil ujian tersebut.

Kejadian itu berlaku pada pukul 8 pagi di sekolah.

Pihak polis yang menerima laporan berhubung insiden itu, sudah mengerahkan anggota-anggotanya untuk mencari suspek bagi membantu siasatan.

Difahamkan kisahnya bermula apabila pelajar tersebut dilarang untuk mengambil ujian berikutan tidak lagi menjelaskan yuran sebanyak Rp.17 juta (kira-kira RM490) bagi menduduki ujian yang perlu diambil di sekolah.

Suspek belum membayar yuran komuniti sekolah sebayak Rp. 1.7 juta. Kini, mangsa masih mendapatkan rawatan intensif di pusat rawatan.

Sumber: iNews.ID

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close