Berang cinta ditolak, lelaki hempas anak kucing sampai mati
16 Mac lalu, seorang lelaki telah membeli seekor anak kucing berusia dua
bulan dari sebuah kedai haiwan peliharaan bagi tujuan meluahkan perasaan
cintanya terhadap seorang wanita di tempat kerjanya.
Zhang, membeli seekor anak kucing itu dengan harga 2,000 Yuan (RM1,200).
Malangnya wanita itu enggan menerima Zhang dan hanya mahu menerima anak
kucing tersebut.
Selepas beberapa hari kemudian, wanita iut meminta Zhang datang mengambil
semula anak kucing itu kerana dia tidak tahu cara menjaganya. Malah keadaan
anak kucing itu juga lemah kerana sudah beberapa hari tidak diberi
makan.
Zhang kemudian membawa anak kucing itu kembali ke kedai haiwan dan meminta
pemiliknya menjaga anak kucing itu buat sementara waktu. Melihat keadaan
kucing yang lemah itu, pemiliknya pun bersetuju.
Selang beberapa hari kemudian, Zhang datang lagi ke kedai itu dan meminta
pemiliknya terus menjaga anak kucing itu buat selamanya dan Zhang juga
menuntut wangnya RM1,200 dikembalikan. Pemilik kedai haiwan itu enggan
berbuat demikian, menyebabkan Zhang meminta anak kucing itu diserahkan
semula kepadanya.
"Bagi saya kucing itu, saya akan selesaikannya sendiri."
Setelah mendapat semula anak kucingnya, Zhang keluar dari kedai dengan anak
kucing yang diletakkan dalam beg plastik berwarna merah jambu.
Secara tiba-tiba, Zhang menghempas anak kucing itu ke lantai beberapa kali.
Biarpun haiwan kecil itu meruang kesakitan, namun Zhang tetap tidak peduli
dan terus menghempasnya ke lantai sebelum beberapa kakitangan kedai haiwan
itu keluar untuk menghalangnya.
Malangnya semua sudah terlambat, anak kucing malang itu sudah tidak
bernyawa. Kakitangan berkenaan kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian
itu kepada pihak polis. Zhang serta-merta terus melarikan diri dari tempat
kejadian. Bangkai kucing itu kemudian ditanam oleh pekerja kedai itu.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam Zhang yang kejam dan tidak
berhati perus sehingga tergamak membunuh anak kucing yang tidak berdosa
itu.
Tidak diketahui sama ada Zhang telah ditahan atau sebaliknya. Apa yang
pasti, pihak majikan tempat Zhang bekerja telah memecat Zhang di atas
tindakannya yang kejam itu.
Sumber: World of Buzz