Berang cinta tak dibalas, gadis lempar asid pada muka lelaki idaman
Seorang remaja lelaki melecur di bahagian muka selepas dilempar dengan
asid kerana menolak cinta remaja perempuan yang sudah lama menaruh
perasaan cinta terhadapnya, lapor Daily Mail.
Mangsa, Mahmudul Hasan Maruf, 17, dari Dhaka, Bangladesh, mengalami kesan
melecur yang teruk di seluruh muka akibat serangan asid dari remaja
perempuan berusia 16 tahun terbabit.
Selain melecur di bahagian muka, bahu kanan mangsa juga turut melecur
akibat terkena tempias cecair berbahaya itu.
Menurut laporan media tempatan, Mahmudul sebelum itu dalam perjalanan
pulang ke rumahnya selepas keluar bersama rakan-rakannya. Dalam perjalanan
pulang, Mahmudul bertembung dengan remaja terbabit yang dipercayai sudah
lama menunggunya.
Difahamkan, remaja itu masih menaruh perasaan cintanya terhadap Mahmudul
meskipun telah ditolak beberapa kali. Malah, dia sering membuat gangguan
terhadap Mahmudul sejak beberapa bulan yang lalu.
Kedua-duanya kemudian bertengkar dan gagal mengawal kemarahan, remaja
terbabit bertindak melemparkan cecair asid ke muka mangsa.
Related:
Tidak diketahui sama ada mangsa akan pulih atau sebaliknya. Namun
berdasarkan kesan melecur itu dijangka akan meninggalkan kesan parut kekal
pada wajah mangsa.
Sehari selepas kejadian itu berlaku, polis telah menahan suspek dan
ibunya untuk siasatan lanjut.