Lelaki kecewa ditinggalkan kekasih, cuba potong alat sulitnya sendiri
Gara-gara kecewa ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki muda cuba
memotong alat sulitnya sehingga menyebabkan kecederaan dan mengalami
pendarahan yang teruk.
Video dan gambar yang tersebar di media sosial China menunjukkan lelaki
terbabit yang hanya memakai baju t-shirt tanpa berseluar dengan darah yang
mengalir dari kecederaannya itu dengan tenang berjalan di sekitar kampus
di Kolej Guangdong Peizheng di Guangzhou.
Menurut kenyataan dari pihak pengurusan kolej berkenaan, kejadian itu
berlaku pada jam 2 petang Selasa. Pelajar terbabit dikatakan cuba
mencederakan dirinya di asrama.
Selepas mengetahui kejadian itu, pihak pengurusan sekolah berkata mereka
segera membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
Tidak dinyatakan punca sebenar lelaki itu mencederakan dirinya, dan pihak
kolej juga tidak menjelaskan kecederaan yang dialami oleh lelaki
itu.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Pihak kolej menasihatkan para pelajarnya tidak membuat sebarang spekulasi
berhubung kejadian itu, namun sehingga kini masih ramai yang bercakap
mengenai kejadian tersebut.
Menurut satu sumber di WeChat, lelaki itu cuba memotong alat sulitnya
selepas dia ditinggalkan oleh teman wanitanya hanya kerana 'burungnya'
terlalu kecil.