Berang kucing mati dibunuh, suspek bunuh & kerat mayat rakan housemate
Hanya kerana seekor kucing, seorang wanita sanggup membunuh rakan
serumahnya dalam kejadian pada 29 Mac lalu.
Anastasia, 41, memukul mangsa (lelaki) yang berusia 39 tahun itu dengan
menggunakan tukul sehingga mati, kerana mangsa membunuh kucing
kesayangannya.
Suspek yang juga seorang penganggur turut mengerat badan mangsa dengan
menggunakan gergaji rantai (chainsaw) sebelum memasukkan mayatnya ke dalam
lima beg plastik dan dibuang serta dibakar di daerah Kirov, St.
Petersburg.
Mayat mangsa ditemui oleh seorang lelaki yang ketika itu sedang berjalan
dengan anjingnya pada 5 April, lalu segera menghubungi pihak polis.
Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian menemui tulang kaki, bahu dan
bahagian pelvis dan kulit mangsa.
Siasatan mendapati, suspek memukul kepala mangsa menggunakan tukul dan
menendangnya bertubi-tubi sebelum mengerat mayatnya.
Ketika kejadian itu berlaku, dua lagi penghuni apartmen berkenaan tidak
menyedari kejadian tersebut.
Suspek dan mangsa dikatakan sudah lama berselisihan faham dan suspek
menuduh mangsa telah membunuh kucing kesayangannya.
Polis turut menemui kesan percikan darah mangsa di lantai rumah itu.
Pakar forensik berkata, mayat mangsa dikerat secara
profesional.
Sumber: Daily Mail