Mabuk, lelaki belasah & pengg4l kep4la bayi berusia 8 bulan tanpa sebab
Seorang lelaki berumur 48 tahun dijatuhkan hukuman mati di Belarus kerana
membelasah dan memenggal kepala bayi perempuan berusia 8
bulan.
Viktar Sharhel dihukum mati oleh skuad penembak kerana membunuh Anna,
anak kepada rakannya, Natalya Kolb, 26, di rumah mangsa.
Natalya yang juga didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan itu dijatuhkan
hukuman penjara selama 25 tahun.
Pada hari kejadian, Viktar dan Natalya sedang minum minuman keras,
sebelum bapa mangsa, Leonid Kolb, pulang ke rumah menemui anaknya mati
dalam keadaan yang mengerikan.
Leonid Kolb (2 dari kiri) |
Natalya Kolb |
Apabila Leonid masuk ke rumah, dia ternampak mangsa terbaring berlumuran
darah di lantai dan kepalanya dipenggal.
Tidak berapa lama kemudian, pasukan perubatan tiba di tempat kejadian dan
doktor yang menguruskan kes itu juga pengsan melihat keadaan mayat
mangsa.
Hasil bedah siasat mendapat ada sebanyak 46 kesan kecederaan di badan dan
mangsa telah dibunuh dengan pisau dapur.
Menurut jiran berdekatan, pasangan itu sebelum ini kelihatan bahagia
seperti pasangan-pasangan lain dan baru-baru ini mereka telah membaptiskan
bayi itu di Gereja Orthodox.
Sumber: Daily Mail