Pilot tak tahan bau durian, pesawat terpaksa berpatah balik
Juruterbang pesawat Air Canada Rouge terpaksa berpatah balik dan memakai
topeng oksigen selepas menyedari terdapat bau pelik di dalam
pesawat.
Pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas kru pesawat tidak dapat
menghilangkan bau yang kurang menyenangkan itu dalam kejadian yang berlaku
pada 17 September lalu.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan
Kanada (TSB), pesawat Boeing 767 itu dijadualkan berlepas dari Vancouver
ke Montreal.
Namun ketika berada di ketinggian 7,000 kaki, bau busuk itu mula memenuhi
ruang kabin.
Kru pesawat cuba menghilangkan bau tersebut tetapi gagal berbuat demikian
dan juruterbang terpaksa membuat panggilan kecemasan 'Pan Pan' (kecemasan
tahap kedua yang tidak membahayakan nyawa).
Pesawat yang membawa 245 penumpang dan 8 anak kapal itu terpaksa berpatah
balik ke Vancouver, 37 minit selepas berlepas. Juruterbang juga terpaksa
memakai topeng oksigen.
TSB mendedahkan, bau busuk tersebut adalah bau buah durian. Meskipun bau
buah itu digemari sesetengah orang, tetapi baunya dianggap busuk bagi
mereka yang tidak biasa dengannya.
Sumber: The Sun