Potong kaki anjing sebab selalu kejar ayam & itik jiran
Tidak berhati perut! Tergamak seorang wanita memotong kaki kanan anjing
peliharaannya hanya kerana berang dengan perbuatan haiwan itu.
Menurut perkongsian @youth.for.social.change di Instagram, kejadian itu
berlaku di Vietnam di mana anjing berusia tiga tahun bernama Mina dianiaya
oleh tuannya sendiri.
Difahamkan, Mina dibela dan dibiarkan bebas keluar begitu sahaja di
kawasan kejiranan itu. Namun, jiran-jiran yang lain tidak begitu
menyukainya kerana Mina kerap mengejar ayam dan itik peliharaan mereka,
lalu mengadu mengenai perkara itu kepada pemilik anjing
berkenaan.
Wanita itu kemduian mengambil keputusan untuk menghukum Mina agar haiwan
itu tidak mengulangi perbuatannya lagi.
Wanita itu mengambil pisau dan dengan tenang memotong kaki Mina sambil
dirakam oleh suaminya yang turut bersetuju dengan tindakan
isterinya.
Mina dibiarkan cedera begitu sahaja tanpa diberikan sebarang
rawatan.
Video itu viral di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang
mendesak pihak berkuasa serta badan kebajikan haiwan menyiasat dan
mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit.
Susulan viral video tersebut, Mina diselamatkan dan dibawa ke Hospital
Haiwan Sasaki di Saigon untuk mendapatkan rawatan dan doktor terpaksa
memotong kakinya yang telah terjejas teruk.
Mina diserahkan kepada Kien Giang Animal Station untuk dijaga sehingga
sembuh sebelum diberikan kepada individu yang sudi mengambilnya sebagai
haiwan peliharaan.
Tetapi, pemiliknya datang semula dan meminta agar Mina dikembalikan
kepada dia. Jirannya juga turut menjelaskan bahawa wanita itu sangat
menyayangi anjingnya.
Selepas beberapa minggu kemudian, Mina dipulangkan semula kepada wanita
itu.
Sumber: @youth.for.social.change