Cemburu 2 anaknya rogol anak angkat, wanita cekik budak 5 tahun sampai mati
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirogol dua abang
angkatnya (remaja) sebelum mati dibunuh oleh ibu angkatnya yang
cemburu.
Lebih teruk lagi, dua suspek terbabit turut melakukan hubungan seks
sumbang mahram bersama ibu kandung mereka di sebelah mayat
mangsa.
Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi berkata, mangsa berusia lima tahun
yang dikenali sebagai NP, dijadikan anak angkat oleh keluarga berkenaan
yang tinggal di Kecamatan Lembursitu, Kota Sukabumi.
Kejadian itu berlaku pada pagi Ahad lalu di mana mangsa dirogol oleh
suspek berusia 14 tahun, yang dikenali sebagai P. Suspek kedua yang
berusia 16 tahun, RG, ternampak mangsa terbaring turut
merogolnya.
Siasatan mendapati, dua suspek terbabit telah merogol mangsa sejak tiga
bulan lalu dan perbuatan itu diketahui oleh ibu mereka, Yuyu,
39.
Namun pada hari kejadian, Yuyu berang dan cemburu lalu mencekik mangsa
sehingga mati dengan dibantu oleh anak lelaki sulungnya sebelum
kedua-duanya melakukan hubungan seks di tepi mayat mangsa.
Mayat mangsa kemudian dicampak ke Sungai yang terletak satu kilometer
dari rumah.
Mayat mangsa ditemui oleh pemancing pada waktu tengah hari pada hari yang
sama.
Difahamkan, dua suspek itu selalu menonton video lucah bersama Yuyu.
Dalam masa yang sama, mereka akan melakukan hubungan sumbang mahram ketika
bapa mereka tiada di rumah.
Suspek merogol mangsa kerana terpengaruh dengan video lucah yang
ditonton.
Sumber: Tribun, Kompas, Harian Metro