Belon udara meletup, 2 beranak maut terhempas dari ketinggian 10,000 kaki

 


Ibu dan anak perempuannya yang menaiki belon udara di China meninggal dunia selepas belon itu meletup di ketinggian 10,000 kaki di udara. 

Video kejadian yang viral di media sosial China itu menunjukkan dua beranak itu duduk di kerusi belon udara tersebut pada 1 Oktober di Shandong, China. 

Belon udara tersebut bukanlah belon udara yang mempunyai bakul untuk menempatkan penumpangnya, sebaliknya belon udara yang dinaiki dua beranak ini kelihatan tidak selamat. 

Belon udara itu kemudian dinaikkan sehingga mencecah ketinggian 10,000 kaki di udara, berbanding ketinggian normal 1,000 kaki hingga 3,000 kaki. 




Tiba-tiba belon udara itu hilang dan dipercayai bocor ekoran diterbangkan terlalu tinggi. Dua beranak itu mula terjatuh sementara saksi hanya mampu melihat kejadian mengerikan itu. 

Menurut Oriental Daily, mayat kedua-dua mangsa berkecai apabila mereka jatuh terhempas dari ketinggian tersebut. 

Polis kemudian mengesahkan pihak yang menyediakan perkhidmatan belon udara itu tidak pernah berdaftar dan beroperasi secara haram. Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai kes jenayah. 

Sumber: World of Buzz

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close