(Video) 'Bila saya buka pintu, mereka di dalam berduaan' - Isteri kantoi check in hotel dengan ketua kampung
Video itu kemudian viral di media sosial dan turut menarik perhatian
pihak berkuasa yang kini sedang melakukan siasatan terhadap ketua kampung
itu untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, pasangan berkenaan daftar masuk ke sebuah hotel pada Sabtu 11
Januari 2020. Perkara itu diketahui oleh suami kepada wanita itu lalu
menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Menurut si suami, dia mula berasa curiga dengan perubahan sikap isterinya
yang mudah marah dan membencinya sejak kebelakangan itu.
"Tiga hari saya tak dapat tidur. Saya berzikir setiap malam minta
diberikan petunjuk. Baru kelmarin saya diberi petunjukan yang meminta saya
mengekori dia (isteri). Saya pun buat," katanya memetik laporan dari
Tribun Medan.
Si isteri pada Sabtu pagi memaklumkan mahu keluar untuk membeli kad top
up internet di Medan. Namun ketika di persimpangan, si isteri menaiki
kenderaan lain dan menuju ke destinasi kedua.
"Saya hairan melihat gerak-gerinya dan menimbulkan rasa curiga. Saya
mengekori dia sampai ke sebuah hotel.
"Sampai di hotel, saya minta izin pihak hotel untuk buka bilik itu dan
mereka (isteri & ketua kampung) berada di dalam berdua-duaan,"
katanya.
Berdasarkan video, si isteri dalam keadaan bertuala sempat bertikam lidah
dengan suaminya, manakala ketua kampung hanya mendiamkan diri.
"Ya, esok saya akan ceraikan dia. Anak-anak pun sudah benci melihat ibu
mereka begitu," kata si suami.
Sementara itu, pihak berkuasa sedang menyiasat kes tersebut dan jika
didapati bersalah, ketua kampung itu akan dipecat.
Sumber: Sosok

