Isteri terjun bangunan selepas mengetahui suaminya 'g4y'
Seorang wanita berusia 31 tahun bertindak membunuh diri selepas mendapati
suami barunya adalah seorang homoseksual.
Menurut laporan Oriental Daily, doktor berasal dari Chongqing, China itu
selalu menjadi kebanggaan ibu bapanya. Selepas tamat pengajian, dia
bertemu dengan seorang lelaki dan menjalinkan hubungan.
Lima bulan kemudian, pasangan itu berkahwin. Tetapi kebahagiaan yang
diharapkan tidak datang, sebaliknya timbul beberapa perkara yang tidak
diingini di mana si suami meminta untuk tidur berasingan.
Wanita itu berasa hairan dengan permintaan suaminya tetapi bersangka baik
mungkin dirinya gagal memuaskan suaminya.
Si isteri kemudian mencari bantuan di internet dan netizen berpendapat
suaminya mungkin lelaki gay.
Doktor itu mula menyoal suaminya mengenai hal-hal berkaitan seksual dan
selepas didesak akhirnya lelaki itu mengaku dirinya adalah biseksual.
Dalam masa yang sama, lelaki itu menangis dan berkata dia berkahwin kerana
dia sayang padanya serta memohon maaf.
Sayu melihat suaminya menangis kesedihan, dia pun memaafkan lelaki itu.
Namun tidak beberapa lama kemudian dia ternampak mesej lelaki lain di
telefon bimbit suaminya. Sekali lagi doktor itu berdepan dengan lelaki itu
yang akhirnya mengakui bahawa dia adalah gay.
Hancur luluh hati si isteri lalu mengambil keputusan untuk bercerai
dengan suaminya. Pada malam kejadian, doktor itu bertindak terjun dari
bangunan dan maut serta-merta.
Ibu bapa mangsa percaya kematian anak mereka berpunca dari menantu di
mana mangsa ada memaklumkan kepada mereka yang lelaki itu hanya menyukai
lelaki, berbanding perempuan.
Ibu bapa mangsa mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap
menantu di atas kematian anak mereka.
Menurut peguam pendakwa, mangsa satu-satunya anak pasangan berkenaan dan
berusia 31 tahun pada tahun kejadian serta baru saja berkahwin selama enam
bulan.
Peguam memohon mahkamah mengenakan denda 630,000 yuan (RM371,000)
terhadap lelaki itu sebagai pampasan di atas kematian doktor berkenaan.
Tetapi mahkamah menolak tuntutan saman dari ibu bapa mangsa.
Sumber: Oriental Daily, World of Buzz

