Bengang plan nak kahwin dibatalkan, Rusdi bunvh & rog0l mayat bakal isteri
Dipengaruh rasa cemburu, lelaki ini tergamak meragut nyawa bakal
isterinya sendiri, malah menyetubuhi mayat mangsa.
Penahanan suspek di Bengkulu, Indonesia pada 8 Januari 2020 membongkar
misteri kematian seorang janda yang ditemui mati pada Disember
2019.
Suspek yang dikenali sebagai Rusdi, 42, berjaya ditahan selepas polis
mendapati dia mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan janda berusia 42
tahun itu.
Mangsa ditemui sudah tidak bernyawa di rumahnya pada 21 Disember 2019.
Siasatan awal mendapati, mangsa dibunuh oleh bakal suaminya sendiri. Malah
beberapa barangan berharga milik mangsa dan juga motosikal turut
dilarikan.
Difahamkan, mangsa dan Rusdi sudah lama menjalinkan hubungan dan
merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Namun, Rusdi yang dipengaruhi
rasa cemburu nekad membunuh bakal isterinya sendiri.
Sebelum kejadian itu, mangsa menerima panggilan telefon dari seorang
lelaki yang membuatkan dia berubah fikiran dan mahu membatalkan rancangan
untuk berkahwin.
Cemburu dan bengang dengan mangsa, terlintas di fikiran Rusdi untuk
membunuh mangsa.
Rusdi berkelakuan seperti biasa dan mengajak mangsa makan mi. Selesai
makan, mangsa baring kepenatan dan ketika itulah suspek membunuh mangsa
dengan menggunakan parang yang ditemui di depan rumah mangsa.
Lebih kejam, Rusdi merogol mayat teman wanitanya yang sudah tidak
bernyawa itu sehingga puas.
Sebelum melarikan diri, Rusdi mengikat tangan dan kaki mangsa serta
menyelerakkan rumah itu kononnya mangsa telah dirompak. Rusdi turut
melarikan beberapa barang berharga dan motosikal mangsa.
Ekoran perbuatannya itu, Rusdi bakal berdepan dengan tindakan
undang-undang kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan
hukuman penjara 15 tahun.
Sumber: Sosok