'Anak ni tertidur nyenyak sampai tak sedar air hujan membasahi tubuhnya..' - Budak lari dari rumah, tak tahan dipukul ibu bapanya
Gambar seorang kanak-kanak lelaki tidur dalam kebasahan tular di media
sosial. Apa yang lebih menyayat hati, kisah di sebaliknya.
Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Kalimantan Barat, Indonesia.
Kanak-kanak yang tidak diketahui namanya ini melarikan diri dari rumah
kerana tidak tahan dianiaya oleh ibu bapanya. Disebabkan tiada tempat
berlindung, dia terpaksa menumpang tidur di depan sebuah premis.
"Anak ini tertidur nyenyak sehingga dia tidak menyedari air hujan
membasahi tubuhnya. Selepas dibangunkan oleh orang yang mengambil
gambarnya, dia memberitahu yang dia lari dari rumah kerana selalu dipukul
oleh ibu dan ayahnya.
"Lihat saja budak ini sudah tahu dia anak yang baik kerana dia tahu yang
tempat itu kotor tetapi dia masih menanggalkan seliparnya," kata
sumber.
Difahamkan, selepas gambar itu viral, ada pihak yang datang membantu
kanak-kanak itu.
"Tetapi sekarang Alhamdulillah dia sudah dibantu oleh seseorang semasa
dia berada di balai polis."
Sementara itu, netizen berharap pihak berkenaan tidak menghantar
kanak-kanak itu pulang ke pangkuan keluarganya. Sebaliknya, mereka
menyaran dia dihantar kepada saudara mara yang mampu membela
dia.
Sumber: Surya Saputra