'Kau ingat aku tak tau yang kau curang?' - Pengantin lelaki tayang video bakal isterinya curang di majlis perkahwinan
Hajat seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga berkecai apabila
lelaki yang bakal menjadi suaminya bertindak mendedahkan kecurangan wanita
itu di depan khalayak ramai.
Berdasarkan video viral di media sosial, pasangan itu berjalan perlahan
menuju ke pentas sambil diperkenalkan oleh pengacara kepada para tetamu
yang hadir pada majlis perkahwinan pasangan itu.
Segalanya berjalan seperti biasa mengikut perancangan dengan pasangan itu
terutamanya pengantin perempuan yang kelihatan sungguh
menawan.
Sebaik tiba di pentas, seperti kebanyakan majlis perkahwinan, video
kenangan indah mereka ditayangkan kepada tetamu.
Tetapi pengantin perempuan itu tidak tahu bahawa bakal suaminya sudah
tahu yang dia curang dengan suami kepada kakak kandungnya
sendiri.
Malah, lelaki itu berjaya merakam perbuatan curang pengantin perempuan di
rumah baru mereka menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangnya
di mana wanita itu melakukan hubungan intim dengan suami kakak kandungnya
di dalam bilik kelamin mereka.
Malu diaibkan di majlis perkahwinan sendiri, wanita itu membaling flower
bouquet ke arah bakal suaminya menyebabkan pasangan itu bertengkar di
hadapan tetamu sebelum dileraikan.
Sumber: Kwong Wah Daily, World of Buzz