(Video) 'Jangan balik kalau tak ada hasil!' - Isteri marah suami OKU kerana gagal mengemis
Menurut sumber yang memuat naik video dan gambar kejadian pada 23
Disember lalu di Facebooknya, insiden itu berlaku di Palembang,
Indonesia.
"Isteri menganiaya suaminya kerana suaminya jadi pengemis tapi tak ada
hasil," kapsyen post tersebut.
Berdasarkan video dan gambar, wanita itu memarahi suaminya tanpa
mempedulikan adegan memalukan itu diperhatikan oleh orang awam dan ada
yang turut merakam perbuatannya.
Si suami dengan keadaan dirinya yang kekurangan tidak melawan dan hanya
mengelak dari dipukul isterinya. Sesekali dia diseret dan hampir saja
dibaling dengan batu.
Tindakan si isteri itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam
dan melabelkannya sebagai isteri derhaka.