'Saya malu nak pergi hospital' - Kem4lu4n lelaki ini tersangkut dalam batang paip 5 hari & hampir mereput
Seorang lelaki berusia 21 tahun di Thailand akhirnya mengambil keputusan
untuk pergi ke hospital selepas hampir seminggu kemaluannya tersangkut
dalam batang paip besi.
Difahamkan, kemaluannya tersangkut selama lima hari selepas dia
menggunakan batang paip besi itu untuk menggembirakan dirinya. Apabila
kegembiraannya itu bertukar menjadi tragedi, dia berasa malu untuk meminta
bantuan dari sesiapa.
Menceritakan semula bagaimana insiden itu boleh berlaku, mangsa membalut
kemaluannya menggunakan stokin sebelum memasukkan alat kelaminnya ke dalam
lubang batang paip berukuran lima sentimeter panjang itu.
Selepas kegembiraannya memuncak, kemaluannya bengkak teruk dan darah
tidak dapat mengalir dengan sempurna lalu tersangkut.
Dalam tempoh lima hari itu mangsa cuba mencari jalan untuk membebaskan
kemaluannya itu termasuk menggunakan pelincir tetapi menemui kegagalan.
Kemaluannya pula bertukar menjadi kehitaman dan lebam.
Memandangkan tiada lagi cara lain yang boleh dilakukan, akhirnya dia
pergi ke sebuah hospital di Bangkok, Thailand Ahad lalu dan menjelaskan
bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Pasukan perubatan mengambil masa selama tiga jam untuk cuba memotong
batang besi itu dan sebanyak 25 mata pisau dibazirkan untuk menyelamatkan
lelaki tidak guna berkenaan.
Sementara itu doktor berkata, mangsa berisiko kehilangan alat kemaluannya
kerana kulit di bahagian itu sudah mereput teruk dan tisu-tisunya turut
terjejas.
Sumber: Daily Star