Ibu paksa anak minum racun selepas bertengkar dengan suami
Seorang ibu muda dari Sichuan, China mengalami tekanan melampau selepas
bertengkar dengan suaminya sehingga memaksa diri dan anak lelakinya
berusia tiga tahun minum racun, menyebabkan kanak-kanak itu dimasukkan ke
hospital.
Liu, suami kepada wanita berkenaan menerima panggilan dari pihak hospital
pada jam 7 malam 9 Januari 2020, memaklumkan isteri dan anaknya berada
dalam keadaan kritikal.
Disebabkan hopsital di Sichuan tidak mempunyai peralatan perubatan yang
mencukupi, mangsa dihantar ke hospital di Chengdu, untuk mendapatkan
rawatan.
Menurut Liu, isterinya telah meneguk racun itu sebanyak tiga penutup
botol, manakala anaknya hanya sekali sahaja.
Liu memaklumkan kepada pihak berkuasa yang rumah tangganya berantakan dan
kerap bertengkar dengan isterinya sejak empat tahun lalu.
Liu juga sudah dua tahun tidak tinggal bersama isterinya kerana sibuk
dengan kerja dan hanya pulang ke rumah keluarganya tahun lalu. Selain itu,
mereka juga kerap bertengkar mengenai masalah kewangan.
Liu menjelaskan, isterinya kerap meminta wang dan pernah meminta
diceraikan serta mahu hak penjagaan anak diberikan kepadanya. Liu mengaku,
malam sebelum kejadian itu, 8 Januari 2020, mereka ada bertengkar, yang
dipercayai menjadi punca wanita itu nekad bertindak meminum
racun.
Bagaimanapun, kakak kepada wanita itu tidak percaya adiknya sanggup
berbuat demikian kerana mangsa amat menyayangi anaknya. Malah menuduh adik
iparnya yang memaksa dua mangsa minum racun.
Tetapi, Liu diberitahu oleh anaknya yang dia dipaksa oleh ibunya untuk
minum racun tersebut. Liu turut mempunyai bukti yang anaknya telah didera
sehingga meninggalkan kesan-kesan lebam di seluruh badan.
Sumber: China Press, World of Buzz

