Gara-gara meneran terlalu kuat ketika berak, lelaki ini meninggal dunia akibat serangan jantung
Seorang lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung
akibat meneran terlalu kuat ketika sedang membuang air besar.
Difahamkan, warga emas bernama Zhu dari Wenzhou, Zhejiang, China itu
sememangnya mempunyai sejarah penyakit jantung dan darah
tinggi.
Insiden itu berlaku pada 7 Januari 2020 dan Zhu mengalami sembelit
selepas tiga hari tidak membuang air besar sehingga pada malam kejadian
dia sudah tidak dapat bertahan lagi, terus pergi ke tandas.
Namun, ketika melakukan 'pelaburan' itu, Zhu pengsan dan dikejarkan ke
hospital oleh ahli keluarganya sebelum mangsa disahkan meninggal
dunia.
Menurut doktor, Zhu meneran terlalu kuat ketika membuang yang membawa
kepada punca dia terkena serangan jantung secara tiba-tiba sehingga
mati.
Malah katanya, apabila seseorang itu meneran terlalu kuat boleh
menyebabkan tekanan dalam badan meningkat sehingga menjejaskan saraf,
menyebabkan tahap degupan jantung serta tekanan darah turun secara
mendadak yang kemudian membawa kepada serangan sakit jantung.
Sumber: Oriental Daily, World of Buzz